Prev Next

Siapa Kami?


Kelab Remaja IKRAMTeens merupakan institusi dibawah Unit Remaja Pertubuhan IKRAM Malaysia ( IKRAM ). Ditubuh dengan bermatlamat untuk membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh , bertaqwa, soleh wa musleh, berwawasan dan berkepimpinan tinggi melalui bimbingan yang komprehensif, seimbang dan berterusan.



PROGRAM KEINDAHAN BERSAMAMU (KBM)


Keindahan Bersama Mu (KBM) merupakan program pembangunan insan yang berkonsepkan motivasi bersepadu dengan pendekatan kasih sayang. Masyarakat hari ini sangat dahagakan kasih sayang. Perasaan kasih sayang semakin hari semakin pupus kerana suasana kehidupan kini yang semakin mencabar. Apabila perasaan kasih sayang dihidupkan dan disuburkan kembali di dalam diri, insyaallah banyak masalah yang boleh diselesaikan.

Satu pengembaraan spiritual dan emosional akan dialami oleh para peserta sehingga terasa indahnya kasih sayang Allah, indahnya kasih sayang Rasulullah, indahnya kasih sayang Ibubapa/keluarga dan indahnya kasih sayang rakan sehingga tercetusnya rasa cinta dan kesedaran yang hakiki dari lubuk hati kecil untuk berubah dan menyerlah jauh dari yang biasa.

Satu lagi projek kemasyarakatan Pertubuhan IKRAM Malaysia ( IKRAM )

" Ukhwah Teras Kegemilangan "




  • OBJEKTIF KBM :
  • Meningkatkan motivasi pada diri pelajar.
  • Membimbing para pelajar dalam mengenal tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar, sahabat , ahli masyarakat dan hamba Allah.
  • Membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dalam segenap aspek.
  • Membimbing pelajar menghargai diri dan menanam semangat jati diri dalam jiwa mereka.
  • Menerapkan ciri-ciri remaja Gemilang yang disasarkan oleh JKPRB JIM Pusat, iaitu Faham, Amal, Bermanfaat, Inovatif & Berpasukan
  • Berkongsi harapan di antara ibubapa dan anak
  • Menekankan aspek Solat, bacaan Al-Quran dan kecemerlangan pelajaran.















Apa itu SSQ & 5R?

SSQ ialah singkatan kepada Solat, Study & Quran. Selain daripada penerapan nilai-nilai kasih sayang kepada Allah, Rasulullah, Ibu ayah. Kami turut merasakan para remaja perlu ditekankan aspek Solat yang merupakan tiang agama, begitu juga dengan Study yang menjadi salah satu tanggungjawab seorang pelajar di usia ini dan Quran sebagai panduan hidup.


Apa itu 5R?

5R ialah 5 ciri remaja yang komprehensif dan progresif. Ciri-ciri tersebut adalah :

  1. Faham
  2. Amal
  3. Bermanfaat
  4. Kreatif
  5. Berpasukan

Kelima-lima ciri ini akan diserapkan ke dalam semua aktiviti yang bakal dilalui oleh peserta KBM SSQ + 5R.