Prev Next

Archive for October 2009

A Post Without Image

LOKASI PROGRAM


IMPIAN COUNTRY RESORT
Kg. Sungai Semungkis,
Batu 14, Hulu Langat,
Selangor.



Download peta ke tempat program :



~Klik image untuk download~



A Post Without Image

KBM SSQ+5R 2009


KBM SSQ+5R kembali lagi!!


Kali ini dengan pelbagai transformasi yang pastinya lebih menarik dan mencabar!



Nama Program:

Keindahan Bersama Mu + SSQ + 5R


Tarikh & hari :

9 – 12 Disember 2009

Rabu - Sabtu


Tempat :

Impian Country Resort, Sg. Semungkis, Batu 14, hulu Langat, Selangor


Sasaran Peserta :

13 – 16 tahun

Yuran :

RM 180 sahaja


++++++++++++++


Dengan RM 180, apa yang akan anda perolehi :

  • Makan dan minum 6 kali sehari

  • Penginapan yang selesa

  • Buku Program
  • Sijil penyertaan

  • Perlindungan Takaful
  • Ilmu dan pengalaman yang luar biasa

  • Rakan-rakan baru

  • Suasana nyaman dan segar jauh dari bandar

  • Hubungan indah bersama Allah, Rasul, Serta Ibu Ayah

  • Mengisi masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah
  • Memperbaiki diri kearah lebih positif & menyerlah jauh dari yang biasa

Daftar segera!!
sementara tempat masih ada..



A Post Without Image

PENDAFTARAN PESERTA



Sila ambil perhatian,
Bagi anda yang ingin mendaftar, ikuti langkah-langkah berikut :


1. Sila download borang penyertaan











~klik gambar untuk muat turun~


2. Isikan maklumat peserta di dalam borang tersebut

3. Sila Buat Pembayaran ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Atas nama:
KRJ MOTIVASI
No akaun :
1211 – 3010 – 0330 – 96

4. Fax atau email
Borang Pendaftaran beserta Slip Bank kepada:

hafizbai@gmail.com

ATAU

putri_quran93@yahoo.com

Fax : 03-4252 3225

5. Sebarang pertanyaan, hubungi (tel/sms) urusetia di bawah:


Mohd Hafiz : 019-7517051 ( hafizbai@gmail.com )

Muslihah: 013-3864137 ( putri_quran93@yahoo.com )

Office : 03-4252 3225

Fax : 03-4252 3225



ATAU


Datang terus ke pejabat kami di alamat :


Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Wilayah Persekutuan
No 34-1G, Jalan Keramat Permai 1/A1
Taman Keramat Permai,
54200 Setiawangsa,
Kuala Lumpur



** Perhatian! Tarikh tutup penyertaan adalah pada
22 November 2011 (SELASA)


>>Klik untuk Pendaftaran Online<<

A Post Without Image

GALERI KBM SSQ + 5R



VIDEO KBM SSQ + 5R









GALERI FOTO..







A Post Without Image

Berminat? Hubungi..



Untuk mendaftar tempat atau mendapatkan maklumat lanjut, sila fax/emel borang pendaftaran atau hubungi (tel/sms) urusetia di bawah:


Mohd Hafiz : 019-751 7051

Muslihah : 013-386 4317

Office : 03-4252 3225

Fax : 03-4252 3225

ATAU

Datang terus ke pejabat kami di alamat :

No 34-1G, Jalan Keramat Permai 1/A1
Taman Keramat Permai,
54200 Setiawangsa,
Kuala Lumpur.




A Post Without Image

Ada apa dengan KBM SSQ+5R??


Ada apa dengan KBM SSQ+5R ??

MACAM-MACAM ADA!!

sukar untuk dipercayai??

ok, JoM Tengok!!

|Knowing Me Knowing You|
|M2M ~ Iman Challenge|
|Chit Chat Remaja|
|Nike Wok|
|Jungle Tracking|
|MP3 ~ Mission Possible 3|
|Explore The Quran|
|See You Di IPT|
|Solat Not So Late|
|Meniti Angin Malam|
|3T ~ Time To Transform|
|Menyemai Kasih Menuai Sayang|



Juga santapan rohani:

~Solat Berjemaah|Bacaan Al-Ma'thurat pagi dan petang|Qiamullail|Reminder|Riadah~


Dan pelbagai lagi aktiviti menarik diluar jangkaan anda!! ^_^


A Post Without Image

Siapa Kami?


Kelab Remaja IKRAMTeens merupakan institusi dibawah Unit Remaja Pertubuhan IKRAM Malaysia ( IKRAM ). Ditubuh dengan bermatlamat untuk membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh , bertaqwa, soleh wa musleh, berwawasan dan berkepimpinan tinggi melalui bimbingan yang komprehensif, seimbang dan berterusan.



PROGRAM KEINDAHAN BERSAMAMU (KBM)


Keindahan Bersama Mu (KBM) merupakan program pembangunan insan yang berkonsepkan motivasi bersepadu dengan pendekatan kasih sayang. Masyarakat hari ini sangat dahagakan kasih sayang. Perasaan kasih sayang semakin hari semakin pupus kerana suasana kehidupan kini yang semakin mencabar. Apabila perasaan kasih sayang dihidupkan dan disuburkan kembali di dalam diri, insyaallah banyak masalah yang boleh diselesaikan.

Satu pengembaraan spiritual dan emosional akan dialami oleh para peserta sehingga terasa indahnya kasih sayang Allah, indahnya kasih sayang Rasulullah, indahnya kasih sayang Ibubapa/keluarga dan indahnya kasih sayang rakan sehingga tercetusnya rasa cinta dan kesedaran yang hakiki dari lubuk hati kecil untuk berubah dan menyerlah jauh dari yang biasa.

Satu lagi projek kemasyarakatan Pertubuhan IKRAM Malaysia ( IKRAM )

" Ukhwah Teras Kegemilangan "




  • OBJEKTIF KBM :
  • Meningkatkan motivasi pada diri pelajar.
  • Membimbing para pelajar dalam mengenal tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar, sahabat , ahli masyarakat dan hamba Allah.
  • Membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dalam segenap aspek.
  • Membimbing pelajar menghargai diri dan menanam semangat jati diri dalam jiwa mereka.
  • Menerapkan ciri-ciri remaja Gemilang yang disasarkan oleh JKPRB JIM Pusat, iaitu Faham, Amal, Bermanfaat, Inovatif & Berpasukan
  • Berkongsi harapan di antara ibubapa dan anak
  • Menekankan aspek Solat, bacaan Al-Quran dan kecemerlangan pelajaran.















Apa itu SSQ & 5R?

SSQ ialah singkatan kepada Solat, Study & Quran. Selain daripada penerapan nilai-nilai kasih sayang kepada Allah, Rasulullah, Ibu ayah. Kami turut merasakan para remaja perlu ditekankan aspek Solat yang merupakan tiang agama, begitu juga dengan Study yang menjadi salah satu tanggungjawab seorang pelajar di usia ini dan Quran sebagai panduan hidup.


Apa itu 5R?

5R ialah 5 ciri remaja yang komprehensif dan progresif. Ciri-ciri tersebut adalah :

  1. Faham
  2. Amal
  3. Bermanfaat
  4. Kreatif
  5. Berpasukan

Kelima-lima ciri ini akan diserapkan ke dalam semua aktiviti yang bakal dilalui oleh peserta KBM SSQ + 5R.