Prev Next

Showing posts with label Berita KBM SSQ 5R. Show all posts

A Post Without Image

Impak KBM SSQ+5R terus pikat remaja

kbmssq3

HULU LANGAT – Seramai 165 orang peserta berjaya mengharungi pengembaraan hidup selama empat hari tiga malam dalam program Keindahan Bersama-Mu (KBM SSQ+5R ) yang telah diadakan di Impian Country Resort, Kampung Sungai Semungkis di sini bermula 11 Disember lalu.

kbmssq1

Program yang dianjurkan oleh IKRAM Wilayah Persekutuan dengan kerjasama KRJ Motivasi ini merupakan program tahunan dan telah tiga kali dilaksanakan sejak tahun 2008. Pada tahun ini, jumlah penyertaan bertambah 65% berbanding tahun 2009. Hal ini membuktikan keberkesanan program KBM SSQ+5R dan kesannya mula meresap ke dalam hati remaja.

Sasaran utama program ini adalah para remaja di seluruh negara yang berumur antara 13 hingga 16 tahun. Biarpun majoriti peserta yang hadir pada tahun ini datang dari sekitar Lembah Kelang, namun ada juga peserta dari luar termasuklah dari Kedah dan Melaka.

Pihak Penganjur telah menyasarkan beberapa objektif utama bagi program ini, antaranya menyeru para remaja kembali kepada fitrah, mengajak mereka membetulkan amalan fardu harian, melahirkan remaja yang inovatif dan mampu berdikari, menyediakan remaja yang kental fizikal dan mental dan membentuk jati diri serta keperibadian yang mulia.

kbmssq2Program ini telah mengambil kira pelbagai aspek termasuk mental, jasad dan rohani (Mentari). Antara slot-slot yang dilalui oleh para peserta ialah ‘Knowing Me Knowing You’, ‘Chit Chat Remaja’, ‘Janggal Trekking', Mission Immpossible, Kantong Bocor, Nike Walk,Whats Up, Hidup Zero Alasan, Meniti Angin Malam, Solat not so late dan Menuai Kasih Menyemai Sayang.

Menurut seorang peserta, Afiq bin Azmi, 14 tahun, “Program KBM ini merupakan antara program paling best pernah saya hadir, saya rasa 4 hari 3 malam masih tidak mencukupi. (Kalau boleh) saya dan kawan-kawan mahu lebih lama lagi berada dalam program ini.”

kbmssq6Bagi pengarah program, Mohd Hafiz Abd Hamid, (gambar kanan) KBM SSQ+5R kali ini boleh dikatakan yang paling mencabar kerana banyak perkara perlu diuruskan.

“Pihak urusetia terpaksa bertungkus lumus, berkerja dari awal pagi hingga lewat malam demi memastikan kesempurnaan dan objektif program tercapai. Bagaimanapun segala penat lelah itu terubat apabila kilmaks program ini berjaya menyentuh hati peserta hingga menitiskan air mata penuh kesedaran. Bagi pihak penganjur, kami amat bersyukur ke hadrat Allah subhanahu wataala atas segala bantuan-Nya,” kata Hafiz. Riak kepuasan di wajahnya bagaikan sukar disembunyikan.

Pihak penganjur juga merancang untuk mengadakan program susulan kepada para peserta dalam masa terdekat ini dan berharap agar dapat mengumpulkan para peserta KBM SSQ+5R dalam sesi tersebut.

Program Keindahan Bersama-Mu ataupun KBM ini merupakan sebuah program pembangunan sahsiah dan kesedaran umum di bawah kelolaan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). Selama 13 tahun diwujudkan, program KBM telah berjaya diadakan di 500 buah sekolah seluruh Malaysia. Kepada pihak sekolah mahupun organisasi yang berminat untuk turut sama menganjurkan KBM di tempat mereka, sila hubungi Kak Yong (017-8786582) atau layari http://krj-motivasi.blogspot.com/

kbmssq2

kbmssq5


source : website IKRAM


A Post Without Image

~ PENYERTAAN DITUTUP ~


Assalamu'alaikum wbt..


Sukacita dimaklumkan bahawa bermula saat ini penyertaan untuk KBM SSQ+5R telah di TUTUP secara rasminya.


Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah mendaftar.


Bagi yang belum menjelaskan bayaran, mohon berbuat demikian secepat mungkin sebelum hari program bagi memudahkan urusan.


Para peserta diharapkan dapat bersedia mental dan fizikal untuk melalui satu pengalaman yang cukup menarik ini..


SELAMAT DATANG KE PROGRAM KEINDAHAN BERSAMAMU SSQ+5R!


Jumpa Disana!!


A Post Without Image

PROGRAM REMAJA CUTI SEKOLAH 2010

Assalamu’alaikum wbt…

Cuti sekolah semakin tiba. Seperti biasa kami menyediakan program khas bagi mengisi masa lapang adik-adik di musim cuti sekolah ini.

KBM SSQ+5R kembali lagi!!

Banyak aktiviti menarik dan tertarik menanti adik-adik..

Butirannya seperti di bawah:


Tarikh : 8-11 Dis 2010
Masa : 8am ( 8 dis ) - 2pm ( 11 dis )
Lokasi : Impian Country Resort
Yuran : RM 200 sahaja
Peserta : 13 - 16 Tahun ( terbuka seluruh Malaysia )
Tarikh tutup : 1 Dis 2010
Maklumat lanjut hubungi :
Abg Bai ( 013-7517051 )
Kak Mia ( 012-6456228)


A Post Without Image

Mendaratnya Pesawat KBM SSQ+5R 2009

Bismillahirrahmanirrahim..

Berakhir sudah program tahunan KBMKL iaitu KBM SSQ+5R yang dijalankan pada 9 - 12 Disember 2009.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Pengalaman yang tak mungkin dapat kami lupakan, bersama adik-adik kasih dan sayang yang cukup ceria, sporting dan bersemangat. Kalian memang best dan sememangnya..

MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!!


Berikut berita tentang KBM SSQ 5R yang tersiar di laman ~Malaysia Harmoni~


+++++++++++++++++++++++++


#

HULU LANGAT, 13 Disember - Ego seorang manusia boleh dilunturkan dan dipandu jika kena gaya dan suasananya. Itulah hakikat yang berlaku ke atas lebih 100 orang pelajar berumur antara 11 hingga 16 tahun dalam program Keindahan Bersamamu (KBM) yang berakhir tengah hari semalam. Program empat hari tiga malam ini adalah anjuran KBM Kuala Lumpur, yang bergerak di bawah KRJ atau Kelab Remaja Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Menurut Pengerusi KBMKL, Hasan Unir, program KBM kali ini dibuat sempena cuti sekolah dan melibatkan pelajar dari berbagai-bagai tempat termasuk dari Terengganu dan Sarawak.

"Majoriti pelajar adalah dari Lembah Kelang. Jumlah mereka yang terlibat adalah 106 orang (66 lelaki dan 40 perempuan) manakala fasilitator yang kita sediakan terdiri daripada enam lelaki dan enam perempuan. Kebanyakan fasilitator adalah pelajar institut pengajian tinggi tempatan yang sedang bercuti," katanya.

#KBM menghidangkan pelbagai aktiviti praktikal yang memang digemari remaja seperti trekking dan aktiviti lasak selain forum remaja, pertunjukan multimedia, sesi muhasabash diri dan lain-lain," demikian pula jelas pengarah program kali ini, Khalil Che Ibrahim. "Program ini kita namakan KBM SSQ+5R yang khusus menekankan aspek Solat, Studi dan al-Quran di samping 5 ciri remaja iaitu amal, faham, inovatif, bermanfaat dan berpasukan."

Rata-rata anak-anak dan ibu bapa berpuas hati dengan pengisian yang disediakan. Meskipun tidak melibatkan ceramah, aktiviti amali yang disulam dengan kata-kata motivasi begitu menyentuh perasaan. Kesedaran, keinsafan dan keazaman jelas terpancar pada hari terakhir apabila anak-anak dipertemukan semula dengan ibu bapa mereka. Sebaik sahaja dilepaskan, masing-masing meluru mencari ibu bapa masing-masing, kebanyakannya dengan deraian air mata, memeluk, mencium sambil memohon maaf atas segala kesilapan mereka selama ini. Ibu bapa pula, yang sebelumnya telah 'dilembutkan' hatinya selama lebih kurang tiga jam dengan penerangan dan pertunjukan slaid, kelihatan menyambut anak mereka dengan begitu insaf sekali.

#Anak-anak dan ibu bapa seterusnya diberi peluang keluar ke hadapan untuk melontarkan apa sahaja luahan hati. Muadz bin Mat Rahat (gambar), pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Alam Shah Kuala Lumpur tampil mendahului peserta lain. Dengan nada sebak, beliau yang ketika ini ibu bapanya masih di Makkah mengingatkan rakan-rakannya supaya benar-benar mempamerkan kasih sayang kepada ibu bapa sebelum terlambat.

"Hari ini saya mungkin bersedih kerana tidak ditemani emak dan ayah saya. Namun saya ingin nasihatkan, anda yang ada ibu bapa di sini, jagalah hati mereka. Jadilah anak yang menggembirakan mereka. Tunjukkan kasih sayang anda kerana mereka ada di sisi anda sekarang, tapi ibu bapa saya masih di Makkah dan paling awal pun pulang pada 26 haribulan ini...," kata Muadz tersekat-sekat.

Kemudian bangun pula Nurulfatihah binti Amir, 16, yang datang dari Miri, Sarawak. Beliau yang ditemani ibunya, Balkisnah bertolak dari Bumi Kenyalang 3 Disember lalu bersama ayah dan seorang kakaknya untuk menghadiri satu perhimpunan pertubuhan bukan kerajaan peringkat nasional, tetapi ayahnya terpaksa pulang dahulu atas urusan kerja. Memandangkan program KBM sukar ditemui di Sarawak, keluarga tersebut mengambil keputusan untuk menyertainya di sini.

#Bagi Abdul Basir (gambar), 53, yang bertugas di Pernec, Kuala Lumpur, program motivasi seperti ini sangat baik kerana ia mendidik dan membuka minda anak-anak remaja, lebih-lebih lagi dalam keadaan ibu bapa sekarang yang sering sibuk dengan tugasan harian.

"Biasanya hari Sabtu saya peruntukkan khusus untuk beriadah dengan bermain badminton kerana pada hari-hari lain saya sibuk, tetapi entah macam mana hari ini hati saya tergerak untuk meluangkan masa bersama anak saya di sini kerana saya menganggap program ini penting untuk ibu bapa dan anak," ujarnya disambut tepukan daripada hadirin. Beliau juga berterima kasih kepada majikannya yang menaja seramai 35 orang anak pekerja-pekerjanya untuk menyertai KBM ini.

#Barangkali tumpuan patut juga diberikan kepada Dr Mohammad Rizal Salim, 42, yang menghantar tiga orang anak lelakinya ke program ini. Pensyarah University of Nottingham, Malaysia Campus, Semenyih ini mendaftarkan anak-anaknya Hussein, 15, Ridhuan, 13, dan Aiman, 11, kerana berpendapat pendedahan dalam program motivasi seumpama ini bagus untuk memberi kesedaran kepada anak-anak. "Selain dapat menyedarkan anak-anak tentang susah payah ibu bapa mendidik dan membesarkan mereka, ia juga dapat mengisi masa anak-anak yang kalau di rumah selalunya terbuang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat. Di sini, mereka dapat belajar banyak perkara tentang kehidupan."

Menurutnya lagi, anak-anaknya sangat berminat untuk menyertai KBM ini kerana yang paling tua antara mereka, Hussein pernah menyertai program serupa di Kuala Lumpur setelah diajak oleh bapa saudaranya. Mendapati pengisiannya lain daripada yang lain, Hussein menggalakkan adik-adiknya meyertai KBM SSQ di Hulu langat ini.

#Sejak dua tahun lalu, KBMKL telah berjaya mengadakan lebih 70 perkhemahan KBM di sekitar Lembah Kelang. Menurut seorang fasilitatornya, Faridah Maluddin (gambar), 46, KBM adalah sebuah program bersepadu yang membawa anak-anak melayari perjalanan spiritual dalam hubungan dengan Allah, Rasulullah, ibu bapa dan rakan-rakan.

"Anak-anak perlu dibimbing untuk mengenali jati diri mereka yang sebenarnya. Selama ini mereka lalai dan tidak tahu. Buktinya, apabila ditanyakan soalan 'who you are?' ramai yang tidak dapat menjawabnya," kata Faridah yang dipanggil 'Umi Ida' oleh para peserta. "KBM terdapat dalam empat versi iaitu untuk remaja, belia, pelajar IPT dan dewasa. Jemputan daripada pihak luar, terutamanya sekolah-sekolah memang banyak, tetapi KBMKL terpaksa menyusun jadualnya kerana kami bagaikan 'tak menang tangan'. Insya-Allah, kami sedang berusaha untuk menambahkan para pengendali program supaya masyarakat mendapat manfaatnya bersama," tambahnya lagi.

#Seorang lagi fasilitator yang agak popular dalam kalangan peserta, Muhammad Hafiz (gambar) atau 'Abang Bai' mendedahkan pengalaman beliau mengendalikan KBM pada hampir setiap minggu.

#"Saya yakin ada ibu bapa yang tidak menyangka hari ini anak mereka boleh menitiskan air mata, sedangkan pada hari-hari sebelumnya mereka melihat anak itu gembira, seronok, ego, nakal dan sebagainya. Bagaikan mustahil mereka akan menangis. Tetapi hari ini mereka menangis dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Kenapa?" soalnya kepada para hadirin. "Sebabnya, sepanjang empat hari ini mereka didedahkan dengan suasana yang solehah, menyebabkan mereka sedar dan insaf sebagai hamba Allah. Tetapi jika kita biarkan, dua tiga minggu lagi jiwa yang sama akan kembali kepada keadaan yang sama seperti sebelumnya. Di sinilah pentingnya peranan ibu bapa di rumah dalam memastikan suasana yang baik ini berterusan untuk anak-anak mereka."

KBM SSQ + 5R ini diadakan di Impian Country Resort, Batu 14, Sungai Semungkis, Hulu Langat di atas sebidang tanah seluas 10 ekar. Tapak perkhemahan ini diusahakan sejak empat tahun lepas oleh seorang pesara guru yang juga seorang perunding motivasi, Dr Warnoh Katiman (Pak Wan), 63, yang berasal dari Kuala Selangor. Selain kemudahan perkhemahan yang agak lengkap, pihaknya juga menawarkan modul latihan jika pihak penganjur tiada modul sendiri, dan harga yang dikenakan juga berpatutan.

#

#

#